Menu 9

Travel bersama iluvTour.com

magzbloggers | 21:50 | 0Comments |
Assalamualaikum,

Hai-hai ualls, penat memilih blogs yang kami nak terjah, kami jumpa pun akhirnya blogs yang menarik untuk digosip-gosip, hihi. Kali ini kami bawa ualls melancong bersama iluvTour.com. Jom pilih negara nak honeymoon, hihi XD

Blog yang telah tertubuh semenjak Ogos 2013 tetapi mula bergiat aktif pada Januari 2014. Sangat kreatif dan menarik idea pengasas blog ini. Ualls baca sedikit pengenalan yang kami dapat daripada blogs travel letup-letup ini,
"iLuvTour.com ditubuhkan atas kesedaran kurangnya bahan-bahan maklumat berkaitan pelancongan di internet. Di sini, kami lebih memfokuskan kepada penghasilan kandungan berkaitan pelancongan dan makanan dalam dan luar negara, dimana pada masa yang sama kami juga turut sama membantu menggalakkan rakyat Malaysia dan pelancong luar melancong sama ada di dalam negara ataupun luar negara serta mempromosikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan dengan menyokong "Tahun Melawat Malaysia" oleh Kementerian Pelancongan Malaysia."
Kebanyakkan gosip-gosip dalam blogs iluvTour.com ini menceritakan tentang negara kita sendiri (Malaysia), dengan gosip-gosip blogs ni kita tahu yang negara kita pun ada banyak tempat-tempat menarik sebagai contoh dalam entri terbaru iluvTour.com yang kami baca, gosip tentang negeri Melaka ualls, kami lama dah tak pergi Melaka ni. Jauh sangat dari kami, hihi XD

page iluvTour.com

Permulaan entri travel ke Melaka (klik sini) sangat menarik kerana dimulakan dengan video yang cantik, pakai kamera apa ni ualls? Cantik view yang diambil tu, boleh kami pinjam kamera? hihi XD

Walaupun entri ditulis dalam bahasa Inggeris dan kami ni hancur lebur speaking, kami usaha tahu baca sampai habis dan tertarik dengan aktiviti yang dijalankan. Antaranya mereka melawat "Melaka Bird Park", terdapat 400 ekor burung dan 24 spesis burung di sana. Harap burung murai dengan burung kakak tua kat sana tak kuat gosip macam kami, ada ke burung tu? Hihi XD

Selepas itu mereka pergi "Melaka Wonderland Theme Park & Resort", wow! Kami dah lama teringin nak pergi sini ualls, daripada mula dibuka theme park ni, kami tak sempat lagi nak terjah, Daripada gambar yang diberi sememangnya cantik dan menarik theme park ni buatkan kami semakin membuak-buak nak pergi.

Mari kami bawa ualls berkenalan dengan pengasas blog iluvTour.com ni, pengasas utama blogs ini ialah seorang lelaki berumur 27 tahun, mempunyai kelebihan dalam web designer dan internet marketing. Namanya Mohd Rasul Abu Hanipah. Beliau bekerja sama dengan patnernya Khairul Anwar Abdullah (tidak dikenal pasti XD).

Facebook pengasas iluvtour.com

Selebihnya ualls boleh terjah sendiri blogs iluvtour.com ini, kami jamin ualls pasti berminat untuk terus membaca kerana blog ini sangat tersusun dan cantik designnya. Sekian saja daripada kami magzbloggers. Kami review ni, dapat diskaun atau travel free tidak? (Gurau saja, hihi XD)

Hubungi pengasas iluvTour.com :
Blog mereka 

iluvtour bersiaran secara lansung di radio ewanafm. Jangan lupa dengar ewanafm jam 10malam nanti. Download TuneIn Radio di googleplay dan Appstore utk dengar secara live. Jom sama-sama kita dengar. 4 Mac 2014
Tunggu kami terjah, zasss

No comments:

Post a Comment

Best View Mozilla Firefox@Google Chrome. Copyright© All Rights Reserved Magzbloggers Edited by MagzBloggers