Menu 9

Kreatifnya lelaki pandai memasak - dapur tanpa sempadan

magzbloggers | 22:48 | 0Comments |
Assalamualaikum,

Untuk terjah bloggers kali ini kami bawa ualls semua jelajah blog masakan yang telah berdiri teguh dalam dunia maya ini. Sekiranya ualls semua minat memasak sudah semestinya ualls kenal bloggers yang dimaksudkan. Dikenali dengan banyak nama, antaranya, Mat Gebu, Adnan Ibrahim, dapur tanpa sempadan dan juga tiffinbiru.

Tidak pernah lagi kami jumpa blogger yang pandai memasak ini tapi sudah lama kami dengar namanya sejak beberapa tahun yang lalu. Mama, mak saudara, jiran tetangga serta kawan-kawan kami selalu cerita pasal blog dapur tanpa sempadan ni sebagai rujukan mereka memasak. Nampak tak kehebatan beliau di situ, ualls ada? Hihi XD

Zaman sekarang yang kononnya serba moden ini, jangan terkejut lelaki lebih pandai masak dan lelaki duduk kat dapur tau ualls, zaman la ni, ualls perempuan yang tengah baca sekarang ni, reti memasak ke? Hah, ramai saja anak dara yang tidak pandai memasak. Ada tu masak nasi jadi bubur, nasib bubur masih boleh dimakan. Ada tu masak air sampai kering, (kami mengaku itu kami), sebab anak dara tak pandai masak, lelaki ambil alih pula, hihi XD

Kreatifnya apabila seorang lelaki pandai masak adalah lelaki tersebut pandai mengemas kembali dapur yang sudah kotor selepas memasak dan yang paling penting pandai menaikkan selera makan orang yang melihat makanan tersebut dengan hiasan dan tarikan yang unik. (semua ni ada kat dapur tanpa sempadan kan hihi XD)

Walaupun pada kami design blog beliau tidaklah begitu menarik, dengan warna birunya yang plain sahaja, dengan widget yang tidak disusun rapi (maaf jujur), tetapi BUKAN itu yang ingin dilihat dalam blog beliau, ramai pembaca dan peminat masakan tetap membuka blog beliau untuk dijadikan bahan rujukan dan mencari resepi masakan untuk masak dirumah masing-masing.

Hebatnya bloggers kita ni, sudahlah pandai memasak, pandai pula hias makanan cantik-cantik dan diambilnya gambar lalu diupload diblog dan lama sosial miliknya sendiri, kepandaian dan tarikan yang digunakan itu membuatkan pembaca terliur dan kemudian mengambil keputusan untuk mencuba resepi yang dicadangkan beliau.

Pendapat kami, blogs ini sangat bagus, tak perlu tukar design, nanti hilang identiti, hilang pembaca, kami saja tegur, tapi sememangnya owner sangat kreatif dan pandai memasak, kami nak belajar memasak dengan ualls boleh tak? Hihi XD

Mari terjah sikit gambar yang kami 'curi' dari blog beliau, nyam, nyam, nyam, sangat sedap, lapar pula rasanya, hihi XD



Tunggu kami terjah, zasss

No comments:

Post a Comment

Best View Mozilla Firefox@Google Chrome. Copyright© All Rights Reserved Magzbloggers Edited by MagzBloggers