Menu 9

Terjah Blog Liniey Nor

coklat bear | 18:26 | 5Comments |
Assalamualaikum, (CB) 


Hari ini kami nak review blog Liniey Nor yang baru saja akseskan domain dot com (.com). Officially blog ini sudah menyarungkan url baru http://www.linieynor.com/. Kami rasa SEO ada pada sebelah favicon blogspot tu sebab sudah ada keyword khas "Bila Jejari Menulis". Meletop sangat ualls. Semalam saudari Liniey Nor ni drop comment dan mohon blog dia direview oleh kami. Tergeliat lidah nak sebut kan. hihi XD. Setelah belek-belek, kami nak bagi review rentas pasal blog ni. Jom follow !


1) Kalau boleh navbar disetkan kepada off. Sebabnya kami rasa kalau ada navbar ni macam tak sesuai dan tak boleh nak diedit bagi cantik. Liniey Nor boleh tukar kepada transparent atau set kepada off saja ok

2) Hit Counter Visits tu kami rasa letakkan di bahagian sidebar dan paling bawah. Sebabnya kami rasa kawasan tu lebih sesuai kalau kita tempekkan header. First impression bila kami masuk rasa macam tiada tarikan sebab bahagian header kosong. Kami suggest Liniey Nor boleh edit header sendiri atau hire designer untuk buat header. Barulah meletup ualls

3) Iklan tu kalau replacement pada atas post entri atau bawah post entri. Kami rasa agak annoying sebab selalu terklik link tu. Ingatkan tajuk post rupanya bukan. Kedudukan link tu patutnya diubah serta merta untuk bezakan tajuk post dan link tu

4) Menu tab tu canggihnya. Kami jeles tengok. Tapi kami rasa kurang taste sebab banyak sangat diletakkan dekat situ. Rasanya maksimum 3 sahaja yang ideal untuk nak guna menu tab ni. Baru kemas dan molek. Kami highlight dekat situ pasal follower. Kebanyakan pembaca dan kaki follower ni tidak suka butang follow ni disorok. Suka main sorok-sorok ke? hihi XD

5) Butang readmore kalau boleh elakkan sebab pembaca kurang berminat nak klik link untuk baca artikel penuh. Jadi molek kalau Liniey Nor buat satu page 2 entri atau 1 entri. Lebih baik rasanya 


6) Subscribe post atom ni memang degil dan selalu ada je dalam template blog. Jadi, bolehlah buang link tu. Kenalah godek-godek HTML sikit untuk buang

7) Amboi meletup! Banyak juga backlink letak. Kami rasa eloklah kiranya follow tutorial show hide button atau letakkan pada bahagian bawah blog sekali kat bahagian footer. Lebih manis dan ayu dipandang.

8) Subscribe to post/ comments tu kami rasa tak perlu sebab lebih baik Liniey Nor pasang feedburner terus. Lebih mudah dan menarik

9) Attribution ni kurang umph sebab ada "powered by blogger". Kami rasa ualls akan lebih meletup kalau letakkan copyright sahaja. Boleh rujuk uncle google untuk godek-godek tutorial
Overall, kami rasa blog ini ringan dan simple. Cuma kena perbaiki sikit bahagian yang kena tegur. Kami suka sangat warna background blog ni. Kena dengan taste. haha. Apapun blog ni boleh maju dan rajin-rajin buat kajian pasal template blog bagi lebih menarik. Salam Kenalan Liniey Nor
Tunggu kami terjah, zasss

5 comments:

  1. eh jap..sjak bila jd Bila jejari menulis...bkn menari ke? haha..

    Btw tq na cik kiah... yg mna liniey rasa patut diperbaiki liniey bt k..muahh setepek *larikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke? hihi sori la ualls sebab nampak setengah je.main agak je la.aduh kena muahh lagi.kelas kau liniey.haha

      Delete
  2. waahh blog liniey di review laa. :'D

    ReplyDelete
  3. Review yang baik untuk penambahbaikkan blog saudari liniey nor..^__^

    ReplyDelete
  4. bila nak review blog kite plak... nak gak di komen mcm ni.. :(

    ReplyDelete

Best View Mozilla Firefox@Google Chrome. Copyright© All Rights Reserved Magzbloggers Edited by MagzBloggers