Menu 9

Sticky Post

magzbloggers | 21:53 | 20Comments |
Hai, salam kenalan semua. Panggil kami Cik Kiah Bloggers (CKB) dengan kerjasama Coklat Bear (CB) mencipta blogs ini atas dasar pemerhatian kami melihat bloggers semakin maju dan meningkat naik sekarang ini.

Seperti sedia maklum, blogger sekarang semakin maju dan mampu mencari income yang banyak melalui blogs. Malah ada yang sanggup berhenti kerja untuk menjadi full time bloggers. Atas kesedaran yang ada pada kami, kami mencipta blog ini untuk menceritakan berkenaan bloggers. Majoriti entri akan di update berkenaan bloggers seperti blogger berkahwin, blogger travel, blogger mengalami kecelakaan dan sebagainya manakala minoriti entri akan ditulis perkara yang tiada kaitan dengan bloggers seperti majalah, makanan, travel dan sebagainya. 

Bukan tujuan kami untuk menghentam dan mencari publisiti murahan sebaliknya kami ingin mempromosikan blog para bloggers kerana tidak semua bloggers tahu kewujudan sesetengah blog. MATLAMAT asal kami ialah mencipta "MAJALAH BLOGGER" dan dalam masa yang sama kami akan review blog bloggers dan mencari keistimewaan dan kelebihan blog tersebut untuk dipromosikan di blog kami. Kami juga akan menulis update terkini berkaitan bloggers dan cuba memperkenalkan seberapa banyak bloggers yang kami mampu.

Kami tidak mengejar traffic yang tinggi, tidak pula mencari traffic murahan tetapi kami hanya ingin membantu dan melalui pemerhatian kami, tiada lagi blog yang tertumpu khas untuk menulis perihal blogger sahaja dan mempromosikan sesama blogger, kebanyakkan blog menulis isu semasa dunia dan artis tetapi kita sebagai blogger tidak mendapat keistimewaan dan layanan baik untuk diri kita sendiri.

Idea asal datang dari kami sendiri CKB dan kami telah meminta CB untuk membantu mengedit blog dan menjadi penulis bersama agar semua para bloggers mendapat manfaat daripada blog kami.

Blog asal kami adalah Stalkerbloggers yang telah kami tutup atas faktor bahawa beberapa bloggers yang fobia dan lemah lutut apabila dengar perkataan "Stalker", jadi kami tutup dan hasilkan blog baru ini dengan harapan tiada lagi bloggers yang fobia atau membuat spekulasi murahan menuduh kami ingin memecah-belahkan sesama bloggers. Terima kasih kepada bloggers yang fobia dan membuat spekulasi murahan pada blog lama kami hingga membuatkan blog lama kami mendapat pageview sehingga 6000+ pageview dalam tempoh 2 hari perasmian. Siapa yang memecah-belahkan bloggers sebenarnya?

Bermula daripada hari ini, siapa yang berminat untuk kami review blog mereka, bolehlah drop link anda diruangan komen untuk kami review dan mempromosikan blog anda di blog kami.
Tunggu kami terjah, zasss

20 comments:

  1. www.linieynor.com

    Baru berdomain smlm :v

    ReplyDelete
    Replies
    1. ualls, nanti ada masa kami review ya, ramai sangat minta ni, tak menang tangan kami berdua, hihi XD

      Delete
  2. kalau saya.. saya takkan tutup blog tu. yang buat gosip tu biarkan dia buat gosip.. kalau blog tu tak seperti yang di tuduh saya takkan takut. sebab orang akan clik utk tahu kebenaran pada sesuatu gosip.. rugi sebab tutup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. blogs lama kami di report oleh bloggers yang fobia dengan nama stalkers, blogs dah tak boleh buka, kami buat blogs baru untuk ualls semua, hihi XD

      trimas datang baca XD

      Delete
  3. jemput singgah

    http://sheda-ucu.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ualls, ada masa kami review ya, masih terlalu awal blog kami, kami dalam proses pembikinan, trimas singgah, tak sabar nak terjah, zasss hihi XD

      Delete
  4. Risau sangat dengan nama stalk tu.... huhuhu boleh disalahertikan. Termasuk mia sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. stalker bukan bermakna buruk sahaja, mentaliti manusia harus diubah demi kebaikan bersama, hihi, nanti kami terjah blog kak mia ya ualls, zasss hihi XD

      Delete
  5. Good effort.. Tp sebelum publish ape2 ttg blogger rasanya terlebih dahulu perlu rujuk blogger itu sendiri dulu, bimbang ada info yang salah.. Sbb takut ade lagi isu blogger cepat melatah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. trimas beri pandangan kat kami ualls, kami akan usahakan dan buat terjah terbaik untuk ualls semua, zasss hihi XD

      Delete
  6. interested to request blog review ;)

    http://belog-qema.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti ada masa kami terjah, zasss, nantikan kami terjah, hihi XD

      Delete
  7. salam perkenalan cik kiah. selalu nama cik kiah ni memang kuat membebel. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami kuat gosip, membebel tak, bebel lain ualls, hihi XD
      salam perkenalan

      Delete
  8. actually idea ni bagus gak. suka. emm. ada gak yang fobia dengan nama 'stalker'? hahaha. anyway. keep it up.CKB and CB. iolls support uolls.

    ReplyDelete
  9. Hai CKB.. jemput singgah blog saye..
    http://anarm.net

    :D

    ReplyDelete
  10. Hi CKB... jemput singgah blog DN..

    www.deqnoor.com

    ^_^

    ReplyDelete
  11. bagus la kan kalau ade platform yg nak kenalkan blog kite..
    kalo blog kite ok, apa nak ditakutkan..huhu

    ReplyDelete
  12. Blog sy pon pernah direport oleh bloggers pada 2008. atas sebab apa pon xtau.. xda isu2 sensitif pon.

    Skrg dh buat blog baru. Jemput singgah mkhakimi.com

    ReplyDelete

Best View Mozilla Firefox@Google Chrome. Copyright© All Rights Reserved Magzbloggers Edited by MagzBloggers