Menu 9

Blogger 'penghubung' ke rumah Allah

magzbloggers | 15:51 | 2Comments |
Assalamualaikum,

Salam terjah blogger ualls, untuk segmen terjah blogger kali ini kami bawa ualls semua terjah seorang blogger yang telah berjaya menarik perhatian kami untuk menulis kisahnya untuk segmen terjah blogger kali ini. Mari kita terjah sedikit biodata blogger tersebut,
Seorang lelaki, berusia 27 tahun, lahir pada 9 Februari 1987 (tidak pasti), mempunyai kembar berjantina perempuan, mula berjinak dalam dunia blogging semenjak Mac 2011, menghadiri kursus Mutawif Andalusia Travel & Tour pada 3 Januari 2012, nama beliau ialah Syafiq Mokhtar atau lebih dikenali sebagai The Syafiq Mokhtar.


Apa yang kami maksudkan penghubung ke rumah Allah adalah kerana beliau bekerja sebagai pemandu pelancong atau lebih terperinci sebagai ustaz yang membantu dan memberi tunjuk ajar kepada orang-orang yang menunaikan umrah atau haji dibawah jagaan beliau.

Sangat membanggakan bukan? Ya, kami tahu terdapat ramai juga blogger yang melakukan pekerjaan seperti beliau tetapi beliau telah berjaya menarik perhatian kami dengan gaya beliau yang bersahaja dan tidak menunjukkan ciri-ciri ustaznya semata-mata ingin meraih hormat daripada masyarakat.

Pekerjaan yang sangat mulia yang dikerjakan beliau ini bukanlah sesuatu yang mudah malah ianya pekerjaan yang sangat berat. Sekiranya beliau tersilap langkah atau tersilap memberikan ajaran kepada orang yang berada dibawah jagaan beliau semasa menunaikan umrah atau haji, sudah pasti besar dosa yang harus ditanggung beliau. Tahniah kepada beliau kerana telah memilih pekerjaan ini walaupun pada mulanya pekerjaan ini adalah cadangan daripada ibu dan bapa beliau agar beliau pergi temuduga. (baca disini)



Kini sudah 2 tahun beliau bekerja sebagai mutawif, kami rasa sangat cemburu kerana beliau berpeluang pergi ke tanah suci beberapa kali, kami ni entah bila baru dapat pergi jejakkan kaki ke tanah suci tu. Nanti kami nak pergi sana, boleh tak kami ambil ustaz syafiq jadi pemandu pelancong kami? Hihi XD

Baik, habis pasal perkerjaan beliau, sekarang kami nak beri pendapat sedikit tentang blog beliau, kalau boleh entri tu biarlah 2 atau 3 sahaja diruangan home, jenuh nak scroll down. Tulisan biar kemas sikit dan kecilkan sedikit sebab terlalu besar akan memakan ruang yang sangat banyak. Warna untuk tulisan tu minta tolong sangat pandai-pandailah pilih warna yang sesuai sekiranya nak ubah warna. Template blog mohon diperkemas, hihi XD

Walaupun entri beliau yang terakhir merupakan pada tahun lepas ialah 16 Januari 2013, kemungkinan terlalu sibuk dengan kerja hingga blog terabai, kami harap sangat beliau dapat sambung menulis kerana ceritanya sangat menarik dan mempunyai banyak pengajaran serta ilmu agama yang dapat kita pelajari daripada penulisan beliau. Mohon kembali menulis ya, hihi XD

Sebelum kami akhiri cerita kami ini, terjahlah beberapa gambar beliau yang bersahaja yang dapat kami pinjam dan kongsi untuk ualls semua. Zasss










Hubungi beliau :
Tunggu kami terjah, zasss

2 comments:

Best View Mozilla Firefox@Google Chrome. Copyright© All Rights Reserved Magzbloggers Edited by MagzBloggers