Menu 9

Blogger Gay

magzbloggers | 23:24 | 4Comments |
Assalamualaikum,

Salam terjah blogger ualls, panas-panas. Untuk kali ini kami nak bergosip sikit dengan ualls semua. Bukan segmen terjah blogger tapi segmen gosip bertubi-tubi. Hihi XD

Ualls tahu tak sejak kami mula berblogging ni, kami dengar gosip blogger gila traffic, sanggup tulis info salah demi traffic tinggi dan mahu income bergunung-gunung hasil daripada entri yang salah, halal ke income tu? Ish, ish, ish astagfirullah.

Tapi kali ini lain pula, kami bawakan ualls gosip yang lebih panas berbanding musim kemarau sekarang ni. Blogger gay, huh, astagfirullah al azim. Satu topik yang sangat mengejutkan. Kami dapat info ini daripada seseorang yang ingin identitinya dirahsiakan.


Ada beberapa orang blogger lelaki yang aktif dalam dunia blogging ni bukan semata-mata kerana mahu menulis atau traffic atau income tetapi ingin mencari pasangan gay, ualls hati-hati ualls. Ini sesuatu yang sangat memalukan. Nabi tak mengaku umat ualls. Golongan ini juga ada yang sudah dikenali dalam kalangan blogger ualls, tapi mereka cover supaya tidak kantoi.

Melalui pembacaan kami sebelum kami buat entri ini, terdapat beberapa faktor kenapa seseorang itu boleh jadi begini, antaranya desakan kewangan, pernah diliwat, dipaksa sebelum merelakan diri, keinginan seks yang melampau yang mana pasangan wanita tidak mampu melayan hingga beralih arah, naluri semula jadi dan beberapa sebab lagi. Penat kami stalk google untuk maklumat ni ualls.

Paling kami tak suka, ualls guna platform blogger untuk mencari pasangan songsang ualls, ini sesuatu yang sangat tidak boleh diterima. Jangan kerana ualls seperti itu, ualls nak merosakkan atau mencari mangsa demi kepuasan ualls sendiri. Carilah dalam kalangan ualls sendiri, jangan rosakkan blogger dan nama blogger kerana perangai ualls.

Kami tahu, sekiranya seseorang melalui beberapa faktor yang dinyatakan diatas, bukan mudah untuknya berubah terutama sekali yang dipaksa dan juga melalui naluri diri sendiri, tapi ualls kena ingat, jangan sampai Allah murka. Sekarang ni kita ada banyak cara yang mana dapat membantu ualls untuk berubah. Cuba tampilkan diri bertemu dengan pakar, ualls malu dengan manusia atau ualls malu dengan Allah dan Rasul? Tapi, jadi seseorang yang memiliki nafsu yang songsang itu lebih memalukan daripada cuba untuk berubah, betul tak?

Terima kasih kepada orang yang berkongsi kerana beri kami idea untuk bergosip malam ini, beliau juga sebut beberapa nama blogger yang terlibat ni tapi kami tak mahulah kantoikan, kami tidaklah kejam, kami hanya nak mengingatkan dan menasihat sahaja. Kami akan simpan rahsia ini, selamat dengan kami.

Tapi pelik, macam mana orang yang beritahu kami ni tahu ya ada blogger seperti ini? Entah-entah ualls pun salah seorang daripada mereka? Hah, jeng, jeng, jeng. Bawa-bawa istighfar. Neraka atau syurga, pilihan ditangan ualls sendiri. Sekian saja daripada kami,
Tunggu kami terjah, zasss

4 comments:

  1. Nauzubillah... mcm2 manusia akhir zaman ni... ni baru spesis lelaki lum lagi yg spesis mompan kbai =..='

    ReplyDelete
  2. Nabi tak mengaku ummat jika lelaki sebegini. Ish3... banyak lg aweks cun boleh buat isteri knp itu yg jadi pilihan hati?

    ReplyDelete

Best View Mozilla Firefox@Google Chrome. Copyright© All Rights Reserved Magzbloggers Edited by MagzBloggers