Menu 9

Apabila seorang guru menulis - Nick Nashram

magzbloggers | 16:43 | 1Comments |
Assalamualaikum,

Salam terjah blogger ualls, untuk segmen terjah blogger kali ini, kami bawa ualls semua terjah seorang blogger dan bekerjaya sebagai seorang guru bahasa Inggeris.
Blogger lelaki berumur 27 tahun, lahir pada 9 Mac  1987. Dikenali sebagai Nick Nashram. Masih bujang. Mula bergiat aktif dalam dunia blogging pada April 2012. Sudah 2 tahun menjadi blogger. Pencapaian blog, melebihi 1 juta PV dalam tempoh 2 tahun blogging, pagerank 3. Mendapat pendidikan di Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim dan juga mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua di UPSI. Sudah setahun menjadi cikgu di Sekolah Menengah Agama Lughatil Arabiah, Tangkak, Johor.


Ualls dah tahu serba sedikit pasal blog beliau, hah. Sekarang masa untuk kami beri pendapat tentang blog beliau pula. Blog yang sangat aktif walaupun beliau sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang guru. Design blog sangat simple dan teratur, kemas sahaja. Biasalah, lelaki kan, lelaki ni tak suka benda remeh macam kita orang perempuan ni hah, asal cantik dimata mereka, sudah memadai. Tak gitu lelaki? Hihi XD

Entri yang beliau update sangat menarik, mengikuti perkembangan isu semasa tetapi setiap entri yang ditulis mesti akan dikaitkan dan diselitkan sedikit sebanyak tentang diri beliau. Puas kami stalk blog beliau dan banyak entri menarik, antaranya entri berkaitan dengan guru, yang mana berkaitan dengan kerjaya beliau sendiri sebagai seorang guru. Tutorial juga boleh didapati dalam blog beliau, tutorial ditulis selepas beliau sendiri mencuba barulah beliau beri pembaca beliau ilmu tersebut supaya tiada masalah berlaku. Kami suka cara beliau.

Entri yang paling kami suka dalam blog beliau ialah "Surat buat bakal isteriku". Kami tak tahulah beliau sedang bercinta atau belum tetapi melalui pembacaan kami macam belum tetapi macam sudah kerana beliau sudah tulis nama 'Nur' dalam entri terbaru beliau yang bertajuk "Kenapa perempuan suka berkawan dengan lelaki". Ah, kami pun pening, tapi yang pasti beliau masih bujang. Hihi XD

Kami ingin bertanya kepada beliau, ualls dah belajar kat IPSAH, tetapi kenapa ambil Ijazah kat UPSI? Ualls ni masuk program berkembar ke? Itu saja kami pelik, mungkin ualls antara program berkembar kot sebab ualls TESL kan? betul ke namanya program berkembar? XD

Untuk semua pembaca, ualls boleh baca blog beliau, sangat menarik dan banyak info yang ualls boleh dapat. Penulisan yang santai dan bersahaja akan membuatkan ualls tenang dan suka baca entrinya, entri beliau juga tidaklah panjang macam entri kami ni, hihi XD itu sahaja daripada kami,

Hubungi Nick Nashram:
blog : Nick Nashram
Wechat ID  : nicknashram
Whatsapp   : 019-4781813
Tunggu kami terjah, zasss

1 comment:

  1. akak baru tau blog dia dalam seminggu dua ni la..cikgu rupanya ye??gambar tengah tu macam syafiq Rahim pulak..hehehhe

    ReplyDelete

Best View Mozilla Firefox@Google Chrome. Copyright© All Rights Reserved Magzbloggers Edited by MagzBloggers