Menu 9

Blogger diugut saman RM1juta oleh pihak kolej

magzbloggers | 21:50 | 1Comments |
Assalamualaikum,

Salam terjah blogger ualls, untuk segmen terjah blogger kali ini, kami bawa ualls bersama-sama dengan kami terjah seorang blogger yang telah diugut oleh pihak kolej bahawa pihak kolej tersebut akan saman malu terhadap blogger tersebut sebanyak 1 juta ringgit malaysia.

Kes ini terjadi apabila blogger tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai blogger gegurl menulis satu entri bertajuk "Kolej ******* bagus ke?". Entri yang telah ditulis dua tahun yang lalu bertarikh 22 May 2012 tiba-tiba sahaja pada tahun ini dibangkitkan semula.

Fuh, fuh, panas, berpeluh kami bila dengar kes saman-saman ni apa lagi melibatkan blogger dan harga samannya sangat tinggi untuk dibayar. Apa ualls ingat ualls ada duit, ualls boleh sesuka hati je saman orang sana sini? Shame on you.

Pada pendapat kami, kami sudah baca dan teliti setiap ayat dalam entri yang ditulis oleh blogger gegurl tetapi kami tidak jumpa sebarang unsur-unsur yang mengaibkan atau menjatuhkan kolej tersebut dalam penulisan blogger gegurl. Yang ditulis hanya pengalaman adiknya yang baru sahaja habis SPM dan ingin menyambung pengajian. Dalam proses menunggu keputusan UPU atau lain-lain kolej, muncul Encik Z yang mewakili kolej berkenaan yang mana telah bersikap agak kurang menyenangkan. Blogger gegurl hanya menulis berkaitan ejen Encik Z sahaja bukannya memburukkan kolej tu. Huh, tak faham kami, bahagian mana yang dikatakan memburukkan tu?

Komuniti blogger telah meminta seorang peguam untuk membaca dan cuba mencari sekiranya terdapat kesalahan dalam entri tersebut dan kemungkinan untuk kes ini difailkan. Jawapannya dibawah,


Hah,  ualls nampak tak. No element of defamatory, tiada elemen memfitnah kolej tersebut dalam entri blogger gegurl, sekarang ni kami nak tahu, pihak kolej nak saman atas sebab apa? Atas sebab pengomen dibahagian komen entri blogger gegurl ke? Komen tersebut bukan datangnya daripada blogger gegurl tetapi daripada pembaca. Jadi, bukan blogger gegurl yang bersalah atas komen tersebut. Pergilah cari pengomen tersebut. Blogger gegurl tidak menulis sesuatu yang mendatangkan unsur-unsur yang tidak baik yang menyebabkan pengomen datang komen memburukkan kolej ualls, itu adalah atas niat pengomen sendiri mahu tulis begitu.

Kami dari pihak blogger sangat rasa terhina dan malu dengan perbuatan pihak kolej ini. Sepatutnya ualls pergi email blogger gegurl dan terangkan baik-baik serta minta maaf atas kesilapan ejen ualls itu, bukan begini. Malas dah kami nak cakap banyak, pihak kolej bolehlah fikir sendiri apa yang ualls rasa patut dan perlu untuk buat.
Macam mana nak buktikan yang Encik Z tu ejen kolej kalau kes ini terjadi 2 tahun yang lalu? SMS sudah dipadam, gambar pun tiada, cuba pihak kolej nyatakan bagaimana nak buktikan?
Tunggu kami terjah, zasss

1 comment:

  1. panass ni.. panas.. jgn risau, kalau benar gegurl berada di pihak yg benar, kita semua seluruh komuniti blogger malaysia akan menyokong gegurl.....!!! yeargh..!!!

    ReplyDelete

Best View Mozilla Firefox@Google Chrome. Copyright© All Rights Reserved Magzbloggers Edited by MagzBloggers