Menu 9

Belajar bersama blogger deqnoor (dot) com

magzbloggers | 17:33 | 4Comments |
Assalamualaikum,

Salam terjah blogger ualls, untuk segmen terjah blogger kali ini, kami bawa ualls semua terjah seorang perempuan yang sangat aktif dalam dunia blogging ni walaupun sibuk dengan kerjanya. Mari kita terjah sedikit biodata blogger tersebut sebelum kami beri pendapat,
Seorang wanita berusia 30 tahun, lahir pada 3 September 1984, pekerjaan engineer, sangat cantik dan masih bujang (betul ke?). Mula bergiat aktif dalam dunia blogging semenjak  Ogos 2009. Sangat kelakar sedikit penulis beliau masa mula-mula berblogging tetapi sekarang penulisannya sangat santai dan bersahaja membuatkan kami suka baca blog ini. Nama beliau ialah Deq Noor, kami tak tahu nama sebenar, kami bukan FBI ualls, hihi XD
Hah, penat tau kami stalk blog beliau, nak terkeluar biji mata kami ni hah. Baca entri dalam blog beliau semenjak kali pertama beliau berblogging sehingga entri yang terbaru tu. Tak pernah lagi orang stalk macam kami semata-mata nak cari info. Melalui pembacaan kami, beliau masih belum berkahwin sebab tu kami kata bujang, tak tahulah kalau beliau tak update entri beliau berkahwin, hihi XD

Baik, pendapat kami mengenai blog ini. Fuh, sangat menarik, ualls kena baca blog beliau ni. Ualls mesti suka punyalah. Header yang cantik dan mempunyai daya tarikannya yang tersendiri, menunjukkan beliau ni sangat cantik dan kami suka senyuman beliau tu, manis.

Terdapat banyak info yang boleh ualls dapat daripad blog beliau, antaranya berkaitan dengan tajuk kami "Belajar bersama blogger Deq Noor (dot) com". Belajar apa? Ualls pergi ke blog beliau dan ualls klik bahagian "Belajar bersama DN". Ualls akan masuk ke alam pembelajaran melalui kaedah internet. Terjah sendiri kalau ualls nak tahu apa yang ualls boleh dapat, kami tak nak cerita nanti tak suprise, hihi XD

Daripada blog beliau juga, kita boleh tahu banyak kisah kehidupan beliau dan apa yang beliau lakukan dalam kehidupan seharian. Travel, hari raya, penat bekerja, putus cinta dan banyak lagi. Ualls terjah entri lama-lama kalau ualls nak tahu kisah cinta beliau. Semoga Deq Noor tabah menghadapi dugaan hidup ini.

Kami tak tahu nak cakap apa lagi sebab blog beliau sudah cukup santai dari segala sudut. Semua widget tersusun rapi dan background sudah bagus tidak mengganggu mata nak membaca. Cuma jangan letak terlalu banyak entri dalam ruang 'home', mungkin 1 hingga 3 sudah memadai memandangkan penulisan Deq Noor ada kala terlalu panjang untuk sesetengah entri. Kami suka sangat, rasa cemburu, tukar blog boleh? Hihi XD


Sekian saja daripada kami, jom terjah blog Deq Noor (klik sini)

Maklumat lanjut, hubungi Deq Noor :
Tunggu kami terjah, zasss

4 comments:

  1. Alamak! Blog DN kena terjah la u'allzz... hee...

    Thanks sudi baca dan komen blog DN... lawak kan entry awal2 DN.. dulu memang xreti nak menulis sangat tapi lepas ramai blogger sudi menegur, DN belajar sikit demi sedikit dari mereka. masih banyak lagi untuk DN belajar dengan mereka.

    pembetulan sikit, lahir 4 september 1984.. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. wahh DN kena terjah. bestnya. memang suka masuk blog DN.. suka baca pasal travellogue dia. hehehee ~~~

    ReplyDelete
  3. deq noor memang comel dan baik :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Wahhh glamer... deq noor ni..

    ReplyDelete

Best View Mozilla Firefox@Google Chrome. Copyright© All Rights Reserved Magzbloggers Edited by MagzBloggers