Menu 9

Kerana pesawat MH370 blogger berbalah

magzbloggers | 01:31 | 6Comments |
Assalamualaikum,

Untuk segmen terjah blogger kali ini, kami bawa ualls semua terjah seorang blogger yang telah menulis info tidak benar diblognya. Blogger tersebut menggunakan nama haiwan sebagai pengenalan blognya dan blognya bewarna hijau putih.

Kami seluruh warga blogger sangat tidak setuju dengan perbuatan beliau yang telah melanggar etika penulisan blog dan telah melukai hati semua orang terutama sekali keluarga mangsa dengan menulis info yang tidak benar sama sekali.

Dikatakan bahawa beliau menulis entri tersebut kerana ingin mendapatkan pembaca yang sangat ramai. Kami tidak pasti tujuan sebenar beliau tetapi beliau telah menyebabkan ramai blogger marah dengan penulisan beliau ini. Antara perkataan yang ditulis di dalam blog beliau ialah
"Pesawat MH370 Dikesan Oleh Pasukan Penyelamat Filipina | Pesawat MH370 yang hilang selama 17 jam telah berjaya dikesan pada koordinat 065515, 1033443 oleh pasukan penyelamat Filipina."

Kami sangat tidak berpuas hati kerana kita sendiri tahu bahawa pesawat itu masih belum ditemui melalui media. Tetapi beliau telah membuat sesuatu yang sangat tidak patut dengan mengatakan bahawa pesawat tersebut telah ditemui. Kalau benar pun telah ditemui, tunggu sehingga betul-betul sahih dan sudah ada pengumuman daripada pihak kerajaan, barulah tulis info itu.

Cuba bayangkan kalau keluarga sendiri yang berada dalam pesawat tersebut dan kenalan blogger menulis entri yang tidah sahih seperti itu, apa perasaan kau? Hah, ganas pula kami menggunakan "kau". Harapan yang kau berikan membunuh jiwa sekiranya berita tersebut tidak sahih, kami sangat tidak berpuas hati dengan tindakan beliau.

Kepada semua pembaca, kami minta ualls jangan percaya mana-mana "ahli nujum" atau "wartawan tidak bertauliah" yang menulis entri berkaitan MH370 selagi tiada berita yang sahih daripada pihak berkuasa sendiri ataupun berita yang sahih daripada pihak MAS.

Kepada blogger berkenaan, kami harap kau sedar tindakan kau itu salah dan cuba perbetulkan semula dengan menulis entri memohon maaf kepada keluarga mangsa atau mungkin buat sesuatu yang bijak untuk perbetulkan kesilapan itu kalau tidak mahu malu kerana telah menyebarkan info yang salah. Semua blogger sangat tidak puas hati dengan entri kau. Harap maklum. Sekian saja daripada kami,
Ini bukan entri menghentam sebaliknya entri mengingatkan demi masa depan blogger semua dan orang ramai yang membaca.
Tunggu kami terjah, zasss

6 comments:

  1. setuju tu. terkejut jugak tengok malam ta post die tu. adehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. beliau buat entri orang persendakan kes ini tetapi beliau pun lebih kurang saja, -.-

      Delete
  2. stuju bro.. kita sebagai blogger, etika penulisan kena jaga.. jgn hanya fikirkan trafik semata.. disebabkan sorang dua blogger buat macam ni, habis semua blogger nnti kena cop penipu.. nnti burukkan nama blogger jugak.. rosak la kredibiliti blogger nnti..

    bagus usaha magzbloggers ni.. kena banteras perkara ni sebelum melarat lebih serius..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga,

      Delete

Best View Mozilla Firefox@Google Chrome. Copyright© All Rights Reserved Magzbloggers Edited by MagzBloggers