Menu 9

Yusuf Rosli - Lelaki pandai berlakon

magzbloggers | 20:22 | 2Comments |
Assalamualaikum,

Salam terjah ualls semua, hangat-hangat gosip kami hari ni. Untuk segmen terjah bloggers kali ini kami terjah seorang blogger lelaki, ualls mesti tertanya-tanya kenapa ramai kami terjah blogger lelaki. Jawapannya, suka hati kami lah, hihi XD

Kali ini kami bawa ualls terjah blogger berusia 25 Tahun, anak kelahiran Negeri Sembilan, masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), masih ambil ijazah ni ualls. Nama beliau Yusuf Rosli atau lebih dikenali dikalangan blogger sebagai 'along usop'.


Kami tak berapa kenal tapi kacak juga orangnya, kami suka sangat, stalk gambar dia sampai cair dibuatnya, hihi XD masih bujang ni ualls, yang ni kami punya, jangan cantas, kami cucuk mata ualls nanti, huh, beliau sangat dikenali sebagai blogger yang pandai berlakon.

Ualls, gosip yang kami nak sampaikan ni memang sangat panas, ualls tahu dia ni sangat pandai berlakon, suka sangat ayat perempuan sana sini, buat salah tapi tak mau mengaku, marah orang tak tentu pasal, menyamar jadi orang lain lepas tu buat muka inesen. Kami rasa eeeeeeee....!

Hah, ualls jangan terkejut, sememangnya beliau sangat pandai berlakon, bukan berlakon permainkan orang, itu ayat propa saja daripada kami, hihi XD apa yang kami maksudkan adalah beliau seorang pelakon teater yang sangat hebat. Ualls patut tahu beliau dan team beliau sudah mengharumkan nama UKM dalam bidang teater, sanggup tak tidur malam semata-mata untuk hafal skrip lakonan dan yang paling penting beliau dan team tidak kedekut ilmu, kami suka sangat.

Antara kejayaan beliau dalam bidang lakonan teater adalah... Ualls kena terjah gambar bawah ni ualls, kami pasti ualls pun bangga dengan beliau. Zasss



Gempakkan ualls, kami sangat bangga dengan beliau, kami bukan mengampu tapi kami sangat teruja dengan bakat yang beliau ada. Bukan semua orang boleh berlakon dan menghidupkan watak yang dilakonkan. Ada juga artis Malaysia yang hanya muka saja cantik dan kacak tetapi belakon sangat kaku, kami meluat tengok, huh

Jom terjah lagi beberapa gambar beliau sepanjang berlakon dalam teater. Zasss





Ada lagi yang lebih membanggakan, ualls nak tengok tak? Lakonan beliau dalam siaran yang disiarkan secara online sahaja, di tonton.my bertajuk "dan calon-calonnya adalah"... zasss gambar dibawah,


Bangga sangatkan ualls, perlahan-lahan beliau bergiat aktif dan hasilnya sudah dapat dilihat, daripada teater terus ke lakonan drama. Oh, kami lupalah, ada lagi satu cerita beliau berlakon, dalam drama yang pernah disiarkan dikaca tv setiap hari Isnin - Khamis, tapi kami lupa drama apa, "playboy itu suamiku" kalau tak silap, huh, betulkan kalau salah ya along usop. hihi XD

Antara banyak-banyak gambar, kami paling suka gambar dibawah ini, opsss

so sweet sangat, hihi XD terjah Yusuf Rosli
Tunggu kami terjah, zasss

2 comments:

  1. Adoih.. Memang geledah abis nampak nih.. Hahaha.. Thanks sudi buat biografi sy.. :)

    ReplyDelete
  2. Adoih.. Memang geledah abis nampak nih.. Hahaha.. Thanks sudi buat biografi sy.. :)

    ReplyDelete

Best View Mozilla Firefox@Google Chrome. Copyright© All Rights Reserved Magzbloggers Edited by MagzBloggers