Menu 9

Trip bloggers ke Spritzer - magzbloggers

magzbloggers | 19:14 | 3Comments |
Assalamualaikum,

Mari dengar kami nak berceloteh hari ini. Hari ini kami nak berceloteh pasal trip blogger ke Spritzer, Taiping, semalam. Heee, kami memang suka bergosip, ualls tahu bloggers ni hampir setiap wekend atau paling kurang sebulan sekali akan ada trip untuk pergi ke mana-mana NGO ambil sesuatu lepas tu balik tulis entri.

Kali ni blogger-blogger hebat yang mewakili kita semua para blogger telah ke Spritzer untuk mengambil sedikit ilmu dan kemudian balik ke rumah masing-masing terus menulis entri mempromote Spritzer.

Pihak Spritzer memanggil bloggers kita ni kerana bloggers kita yang pergi ni antara bloggers yang berpengaruh dan mempunyai kenalan yang ramai dalam sosial network, selain itu Spritzer memanggil bloggers ini untuk memberi kerjasama kepada pihak Spritzer supaya dapat menulis dan menerangkan kepada orang ramai melalui blogs dan laman sosial mereka, beberapa isu yang muncul memfitnah pihak Spritzer antaranya isu jerat cina, Spritzer menggunakan air takungan Lembaga Air Perak (LAP).

Dengan bantuan bloggers ni, pihak Spritzer berharap agar orang ramai faham dan tiada lagi timbul isu memfitnah yang tidak benar. Ualls semua boleh pergi ke Spritzer sendiri kalau nak tahu lebih lanjut.

Mari kita celoteh sikit gambar-gambar yang kami pinjam daripada blogger-blogger yang pergi ke Spritzer tu semalam. Jom kita gosip.


Masa ni para bloggers baru saja nak mulakan perjalanan ke Spritzer, lihat betul-betul, ada Ben Ashaari tu. Seronoknya pergi ramai-ramai dan lebih seronok bila tengah dalam perjalanana, bloggers diberi kuiz. Lihat gambar yang ada kertas tu, bloggers diberi kuiz untuk menjawab beberapa soalan terlebih dahulu dan menambah sedikit sebanyak ilmu sebelum sampai ke Spritzer.

Apa-apa pun kita ni manusia, mana tahan nak berjalan jauh tanpa rehat, betul tak? Jadi para bloggers kita telah berhenti di Flemington Hotel untuk berhenti makan sebelum mulanya trip jelajah Spritzer. Makan kat hotel, mesti mahal tu, nasib kami tak join, tidak mampu mahu bayar. Fuh, fuh.




Ini lagi berkenaan Spritzer, nampak tak ada gambar jerat cina tu? Dulunya konon mengatakan hasil air Spritzer datangnya daripada jerat cina tu, tetapi semua itu tidak benar sama sekali, ualls semua kena pergi Spritzer ni baru ualls tahu macam mana penghasilan air minuman dia.

Baik sungguh Spritzer sebab bekalkan air minuman untuk para bloggers, mana tak nya, kalau kami pun penat berjalan jauh, gatal tekak, kaki lenguh, minta nak didukung saja, tapi kalau dapat minum free, terus cergas. Hihi XD

Nak tahu apa-apa pasal Spritzer, ualls tunggu entri dari bloggers yang lain sebab kami suka cerita berkaitan bloggers sahaja. Hihi XD

Credit gambar : Yan Ty, Eazy Izzuddin, dan Ben Ashaari
Tunggu kami terjah, zasss

3 comments:

  1. Harap2 lepas ni ramai yang buka mata tentang isu ni ye. salam kenal. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harap. insyaAllah. salam kenal hafiz rahim

      Delete
  2. pantas betul CKB update entry kan... good job... teruskan usaha untuk memeriahkan dunia blogger... :)

    ReplyDelete

Best View Mozilla Firefox@Google Chrome. Copyright© All Rights Reserved Magzbloggers Edited by MagzBloggers