Menu 9

Blogger HIV Positif

magzbloggers | 14:10 | 0Comments |
Assalamualaikum,

Salam terjah blogger ualls, untuk segmen terjah blogger kali ini, kami bawa ualls bersama-sama dengan kami mendalami kehidupan seorang blogger yang menghidap penyakit Hiv positif (HIV+). Beliau merupakan seorang lelaki yang sangat kental dan sentiasa positif dalam segala hal, beliau seorang yang berani memperjuangkan hak bagi seorang manusia yang menghidap penyakit Hiv positif.

Mari kita terjah sedikit biodata blogger tersebut, 
"Seorang lelaki yang sudah berumur 40-an. Dikenali sebagai AHP Pie. Mempunyai dua orang isteri dan dua orang anak. Hiv positif semenjak 28 december 2010. Punca menghidap Hiv positif, masih tidak diketahui kerana tuan empunya badan pun tidak tahu dari mana punca beliau menghidap Hiv positif ini. Mula bergiat aktif dalam blog semenjak Januari 2011, tujuannya untuk membantu dan memberi penerangan kepada semua orang bahawa orang Hiv positif juga layak hidup seperti biasa." info, (klik sini) dan (klik sini)

Baik, kalian sudah mengenali beliau sedikit sebanyak daripada info yang kami beri, untuk maklumat lebih lanjut, ualls boleh baca sendiri blog beliau.

Kami dah puas terjah blog beliau, sangat menarik dan info yang diberikan serta cerita yang disampaikan banyak memberi pengajaran dan ilmu pengetahuan kepada kita semua. Sekiranya cakap pasal Hiv positif, sudah semestinya kita yang sihat ini akan merasakan mereka sangat hina dan harus dijauhi, betul tak?

Tetapi sedarkan ualls semua bahawa mereka juga manusia dan berhak diberi layanan yang baik dan diberi peluang kedua untuk menjalani hidup ini. Ada diantara mereka tidak bersalah tetapi penyakit itu datang daripada pemindahan darah, ibu atau ayah yang menghidap penyakit atau pasangan suami atau isteri yang menghidap penyakit tanpa diketahui.

Jadi, siapa kita untuk menghukum? Ada diantara kita lebih teruk daripada orang-orang yang menghidap penyakit ini tetapi terlalu sibuk menghukum orang lain hingga pekung sendiri tidak dapat dilihat.

Pada pendapat kami, blog beliau sangat bagus kerana memperjuangkan hak orang-orang yang menghidap penyakit Hiv positif ini. Majoriti masyarakat masih lagi berfikiran sempit dan memerlukan kesedaran untuk membantu saudara-saudari kita yang menghidap penyakit ini, jadi blog ini sangat sesuai untuk dijadikan rujukan untuk semua lapisan masyarakat untuk mengetahui bagaimana caranya untuk membantu dan menghadapi dugaan sekiranya mempunyai kenalan yang menghidap penyakit Hiv positif atau kemungkinan diri sendiri yang mengalaminya.

Kami sangat berbangga dengan beliau kerana berani tampil kehadapan dan mengaku beliau menghidap penyakit tersebut, selalunya orang yang menghidap penyakit ini akan mengatakan bahawa duta yang memperjuangkan penyakit ini tidak merasai sendiri, tetapi beliau sendiri menghidapinya dan beliau sendiri menceritakan pengalaman beliau. Jadi sudah semestinya beliau mampu membuka mata semua pesakit dan masyarakat.

Kepada pesakit, jangan berputus asa, masih ada peluang untuk ualls, pergilah berubat dan kepada masyarakat, bantulah mereka, berilah dorongan dan sentiasa positif kepada mereka. Sekian,

Terjah blog AHP Pie untuk maklumat lanjut, klik sini
Tunggu kami terjah, zasss

No comments:

Post a Comment

Best View Mozilla Firefox@Google Chrome. Copyright© All Rights Reserved Magzbloggers Edited by MagzBloggers