Menu 9

Blogger perogol - berwaspada

magzbloggers | 23:11 | 0Comments |
Assalamualaikum,

Panas-panas, untuk segmen terjah blogger kali ini, kami bawa ualls semua kepada satu cerita yang amat tidak patut muncul dalam kalangan blogger. Cerita ini masih baru dan kami dapat daripada seorang perempuan blogger yang menjadi mangsa, beliau minta tolong kami sampaikan kepada ualls semua blogger wanita supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada.

Seingat kami, kes ini juga pernah berlaku beberapa tahun yang lalu dalam kalangan blogger tetapi senyap begitu sahaja. Abaikan kisah lama sekarang ini berlaku lagi, kami tidak tahulah lelaki yang sama atau berbeza tetapi rasanya berbeza kali ini.

Kami tulis entri ini bukan untuk menghentam atau memalukan tetapi untuk peringatan kepada blogger wanita diluar sana tu supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada walaupun dengan blogger lelaki yang ualls kenal dan rapat.
"Saya pergi lepak biasa sahaja dengan blogger, saya dan berapa blogger perempuan yang lain tidur di rumah seorang blogger perempuan ni, tak sangka pula ada beberapa blogger laki juga tidur di rumah itu, masa saya seorang diri dalam bilik, tiba-tiba pintu dibuka oleh "dia" dan "dia" masuk lalu tutup pintu bilik. Saya terkejut, saya minta dia keluar tetapi dia tidak mahu, alhamdulillah saya tidak diapa-apakan kerana kawan saya buka pintu bilik sebelum sempat berlaku apa-apa." mangsa.
Bahaya sungguh, jadi pesanan kami di sini untuk semua ladies blogger di luar sana, tolong jaga diri baik-baik, kalau nak keluar jumpa blogger yang melibatkan blogger lelaki yang ualls tak kenal, pastikan ualls bawa kawan ualls ramai-ramai, kawan yang ualls kenal dan rapat demi keselamatan diri ualls juga.

Lagi satu kami nak ingatkan, ualls perempuan tu jagalah tingkahlaku, janganlah menggedik sangat, kami pun malu kaum hawa duk menggedik macam tu. Nak gedik dengan suami sendiri nanti ya. Lepas tu pakaian tolonglah jaga, pakai baju janganlah terlalu jarang dan ketat, ualls yang buat diri ualls selalu dipandang dan ualls yang pancing blogger lelaki terpengaruh nak buat benda tak elok kalau ualls sendiri tak jaga tingkahlaku dan pemakaian ualls. Bila dah kena, ualls salahkan blogger lelaki juga, kalau ualls dan pakai elok, perangai elok, tapi kena juga, tu tandanya lelaki tu memang gatal dan nak ambil kesempatan, berjaga-jaga.

Lagi satu kami nak ingatkan, kalau jadi macam tu, ualls janganlah pergi cerita kat orang, malu buka aib sendiri dan aib orang. Ualls ambil tindakan bijak, report polis ke, jangan jumpa dia lagi atau apa-apalah, jangan pergi cerita kat orang, blogger ni manusia juga ualls, nanti tersebar luas, ualls juga yang malu.

Kami disini hanya ingin mengingatkan sebelum ualls yang lain terkena, berhati-hati, jaga maruah elok-elok naaa, terkejut kami baca inbox tadi. Semoga kita semua selamat daripada sebarang musibah yang mengaibkan. Jaga nama diri dan nama blogger.

Untuk blogger lelaki tersebut, tolong berubah dan jangan buat lagi, kalau tidak kami dan blogger wanita yang lain akan ambil tindakan, kami wanita bersatu demi kesejahteraan kami bersama. Selamat hari wanita sedunia ualls, bila bersatu, kita lagi kuat daripada kaum adam, yay! (8 Mac 2014)
Tunggu kami terjah, zasss

No comments:

Post a Comment

Best View Mozilla Firefox@Google Chrome. Copyright© All Rights Reserved Magzbloggers Edited by MagzBloggers