Menu 9

Ben Ashaari - fenomena lelaki Mr Mama

magzbloggers | 19:56 | 1Comments |
Assalamualaikum,

Untuk segmen terjah bloggers hari ni, kami bawa ualls semua terjah seorang blogger lelaki yang menjadi fenomena dan kemungkinan salah seorang blogger yang telah banyak membantu dalam menaikkan nama blogger hingga dapat dilihat oleh NGO dan beberapa lagi badan kebajikan yang akhirnya memberikan peluang kepada bloggers untuk maju dan memiliki income sendiri melalui blog.

Blogger yang sangat berani berhenti kerja tetapnya hanya kerana anak pertama beliau dengan isteri tersayang. Qhalif, nama diberi kepada anak mereka yang sudah setahun lebih menghampiri 2 tahun. Beliau mengambil keputusan menjadi full time blogger dan membiarkan isterinya terus bekerja, fuh, sanggup ambil alih tugas isteri jaga anak, kemaas rumah dan banyak lagi, susah tau nak dapat suami mithali macam ni, kami cemburu sangat. Hihi XD

 

Semenjak lahirnya Qhalif, beliau menggunakan Qhalif sebagai identiti dalam penulisan blognya. Banyak juga kami dengar gosip, Ben asyik guna nama anak, Ben maju sebab anak, orang bosan dengan cerita Ben yang asyik cerita pasal anaknya, ada juga yang kata Ben makan duit gaji isteri, Ben tak mampu bagi isteri nafkah zahir dan banyak lagi.

Tapi bagi kami, ramai saja pembaca blog Ben, kami masuk blog beliau, sudah 14 Juta pembaca malahan pembaca tidak putus-putus membaca, apa yang orang bosannya? Ualls ni suka sangat buat gosip murahan begitu, Qhalif tu bukan main comelnya pun, kami suka stalk gambar-gambar Qhalif kat facebook Ben, maklum ler, kami belum ada anak sendiri. Hihi XD

Ben makan duit isteri? Ualls lagilah buat fitnah tak guna otak tau, ualls tahu tak blog Ben tu mampu capai berapa view satu hari dan berapa income yang Ben dapat daripada blog dia, ualls patut tanya kat Ben, jangan main cakap saja. Hasil NGO sewa tapak iklan, Ben membantu NGO, hasil iklan daripada blog Ben dan juga beberapa hasil lagi, lebih banyak tau dari isterinya punya gaji, kami rasa nak cili mulut orang yang buat fitnah tu hah.
 
Ualls tahu tak, bukan senang tau lelaki nak mengalah dan ambil alih tugas isteri dan biarkan isteri bekerja. Ualls cuba suruh laki ualls berhenti kerja dan jaga anak, masak dan buat semua kerja ualls, mahu ke laki ualls tu? Entah-entah ualls terus kena *****. Hihi XD

Kami daripada pihak majalah magzbloggers sangat berbangga dan berterima kasih dengan Ben Ashaari sebab banyak membantu dan memperjuangkan hak bloggers (bukan mengampu). Kami tahu Ben salah seorang yang banyak membantu para bloggers selain beberapa bloggers lain yang kami dah stalk, (akan kami update). Kami bangga dengan ualls, kalau bukan sebab ualls, kami pun tidak nampak kemampuan blogger dan kami tidak akan hasilkan blog magzbloggers ni yang majoriti akan update tentang bloggers sahaja. Hihi XD

Oh ya, Ben Ashaari ni katanya nak dapat anak yang kedua, sibuklah jadi Mr Mama jaga anak kecil lagi ya, jangan lupa update pasal anak ualls, kami nak update lagi nanti. Kami tak sabar nak stalk muka comel anak Ben, hihi XD

Jom terjah blog Ben Ashaari, jangan lepaskan peluang baca info, produk dan cerita tentang anaknya Qhalif, kalian pasti tidak kecewa, hihi XD



Terjah : Ben Ashaari
Tunggu kami terjah, zasss

1 comment:

Best View Mozilla Firefox@Google Chrome. Copyright© All Rights Reserved Magzbloggers Edited by MagzBloggers