Menu 9

Yazid Torpedo - Blogger rempit vs doodle

magzbloggers | 15:46 | 0Comments |
Assalamualaikum,

Salam terjah blogger ualls, kali ini kami bawa ualls bersama-sama dengan kami terjah blogger lelaki yang sangat gila-gila remaja. Berusia 26 tahun (kalau tak silap), masih bujang. Berasal dari Muar Johor, dan kini menetap di Puchong kerana bekerja di Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya.


Nama beliau ialah Yazid Torpedo, kami rasa namanya Yazid, "torpedo" tu kami tak tahu dari mana datangnya, mungkin beliau ada torpedo kat rumah atau mungkin "torpedo" itu adalah nama salah satu daripada motor kesayangannya.

Hah, untuk pengetahuan ualls semua, beliau sangat meminati motorsikal, selalunya orang minat motorsikal baru dan berkuasa tinggi tetapi beliau sangat unik sebab kami lihat gambar beliau semua dengan motorsikal lama-lama tetapi masih lagi hebat dimata kita semua. Jom zasss gambar motorsikal beliau.






Hah, banyak tau koleksi motorsikal beliau. Ada lagi yang kami tak kongsikan, ualls kena pergi berkenalan dengan beliau sendiri. Hihi XD Daripada sumber yang kami dapat, beliau ni sanggup habis duit ribu-ribu untuk motor sahaja. Wow, bila nak kumpul duit kahwin ni bang oi? Hihi XD

Habis kisah motorsikal beliau, sekarang kami bawa ualls terjah blog beliau iaitu blog yazidtorpedo.blogspot.com. Kali pertama terjah blog beliau. Blog beliau sangat menarik, kami pun sangat enjoy baca blog beliau. Ualls kena terjah dan semestinya ualls tak bosan baca entri beliau sebab setiap entri beliau ada kartun atau lebih dikenali sebagai doodle yang mana beliau lukis sendiri untuk hiburkan para pembaca. Jom kami bawa ualls terjah beberapa contoh doodle yang beliau dah lukis. Zasss...!









Comelkan semua doodle yang beliau lukis, kami suka sangat, sampai rasa nak minta beliau lukiskan untuk kami, boleh ke Yazid? Hihi XD

Sekarang ni dah lama beliau tak update blog, mungkin terlalu sibuk dengan kerjaya. Kami harap Yazid kembali bergiat aktif dan memeriahkan lagi dunia bloggers ni dengan doodle dan cerita yang menarik. Mari terjah blog beliau untuk naikkan semangat beliau menulis kembali, hihi XD
Tunggu kami terjah, zasss

No comments:

Post a Comment

Best View Mozilla Firefox@Google Chrome. Copyright© All Rights Reserved Magzbloggers Edited by MagzBloggers